SONGKLA, 26 Nov (Bernama) — Dua anggota keselamatan dan seorang penolong ketua kampung mati ditembak ketika bertugas mengawal keselamatan di pasar malam Kampung Thayi, Thepa di wilayah Songkla. Ketiga-tiga mereka ditembak ketika berada dalam sebuah pondok dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang semalam (waktu tempatan). “Empat penyerang dipercayai melarikan diri menggunakan dua motosikal. Dua laras senapang M-16 dan pistol 9mm milik mereka turut dilarikan penyerang,” kata ketua Balai Polis…










