Tiga ditahan miliki pistol tiruan - Utusan Malaysia

Tiga ditahan miliki pistol tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 15 Nov. – Untuk koleksi peribadi. Itulah alasan yang diberikan seorang jurujual yang ditahan kerana memiliki empat pucuk pistol dan selaras senapang tiruan beserta peluru di Taman Guar Perahu dekat sini semalam.

Lelaki berusia 39 tahun itu mendakwa mendapatkan pistol terbabit menerusi jualan atas talian dari China dan hanya disimpan di rumah serta tidak pernah dibawa keluar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, turut ditahan di rumah sewa terbabit adalah dua rakannya yang berusia 22 dan 27 tahun.

“Dalam serbuan pukul 12.10 tengah malam semalam, polis merampas empat pucuk pistol tiruan serta selaras senapang yang tertulis L96 airsoft gun serta sebotol peluru jenis BB bullet di rumah itu.

“Polis turut merampas sejumlah air ketum daripada salah seorang suspek di dalam bilik rumah itu yang disewa sejak empat tahun lalu oleh jurujual terbabit bersama rakannya yang merupakan peniaga bazar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua mereka kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN