SEREMBAN 24 Nov. – PKR Cabang Rembau tidak boleh menganggap Dr. S. Streram sebagai calon luar bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kerana beliau telah dipilih sebagai Timbalan Ketua cabang itu dalam Pemilihan PKR baru-baru ini. Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun berkata, sekiranya Streram tidak mendapat sokongan ahli cabang itu sepatutnya beliau telah ditolak semasa pemilihan berkenaan. “Sepatutnya tidak timbul isu, kerana dia Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau. Dia…










