NILAI 27 Nov. – Meskipun di atas kertas Thailand merupakan pasukan pilihan pada perlawanan separuh akhir Piala AFF 2018 berbanding Malaysia namun tonggak pertahanan kiri Harimau Malaya, Syazwan Andik Ishak mengakui tiada apa yang perlu ditakuti dengan lawannya itu. Tambahnya yang bermain dalam semua empat perlawanan di peringkat kumpulan, berkata keempat-empat pasukan yang layak ke pentas separuh akhir adalah yang terkuat dalam rantau Asia Tenggara dan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.…










