Tidak perlu sampai perintah berkurung - Utusan Malaysia

Tidak perlu sampai perintah berkurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Nov. – Tidak perlu sampai ke tahap mengisytiharkan perintah berkurung bagi mengawal insiden di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor, tegas Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yasssin.

Tegas beliau, dalam keadaan kini pun pihak polis dapat mengawal keadaan dengan menggerakkan lebih 1,400 Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke kawasan terbabit.

“Setakat hari ini kita boleh mengawalnya lagi kerana perintah berkurung itu pelbagai perkara kita perlu mengambil kira (termasuk) rakyat tidak boleh bebas, tidak boleh keluar malam. Untuk membeli-belah serta berjalan akan terhad.

“Perniagaan akan juga terjejas. Jadi ia banyak implikasi bukan sahaja soal keselamatan. Sebagai menteri, pandangan itu saya hormati tetapi kita di peringkat ini tidak fikir soal itu lagi,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Tan Sri Musa Hassan semalam berkata, untuk mengelakkan insiden yang sudah berlarutan dua malam itu menjadi tidak terkawal, perintah berkurung harus diisytiharkan Ketua Polis Negeri.

Tujuannya kata bekas Ketua Polis Negara itu, ini bagi memastikan ketenteraman awam kembali wujud di kawasan tersebut kerana langkah berkenaan berkesan dalam menangani kejadian berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN