Tiba masa perkukuh reformasi parti-Wakil Perak - Utusan Malaysia

Tiba masa perkukuh reformasi parti-Wakil Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 16 Nov.- Perwakilan Wanita PKR Perak hari ini menyuarakan pendapat bahawa sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan agenda reformasi yang dilaungkan sekaligus memperkukuhkan kedudukan parti.

Sharifah Norsiah Ahmad Khan berkata, pada masa kini parti telah berada di era reformasi dan permuafakatan dan anjakan penting untuk kejayaannya.

“Harapan saya ialah, wanita PKR pulang ke kawasan masing-masing dan jalankan tanggungjawab dengan mendekatkan diri dengan rakyat selain peka apabila mereka menghadapi masalah.

“Ingatlah, sekarang bukan masanya untuk berbalah dan riak dengan kejayaan yang dimiliki. Ini masanya kita bekerja dan berkhidmat untuk masyarakat dan membina kerjasama erat antara satu sama lain,”katanya ketika membahaskan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR ke-13 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sharifah Norsiah turut mengingatkan supaya wanita PKR supaya tidak lupa diri dengan kuasa yang diberikan kepada rakyat, sebaliknya perlu menggunakan mandat yang diberikan untuk terus berkhidmat.

“Kejayaan pada hari ini adalah disebabkan kuasa rakyat berikutan mereka yang mahukan perubahan. Kita hari ini diperhatikan rakyat, oleh demikian jangan sampai kita menerima nasib sama dengan UMNO kerana dihumban dan dicai rakyat Malaysia.

“Ingat jangan lupa diri dengan kuasa dan amanah yang diberikan. Jangan abaikan mereka dan kita pelru buktikan kepada 30 juta rakyat bahawa wanita PKR mampu melaksanakan tanggungjawab dengan membantu rakyat dalam apa jua keadaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN