KUANTAN – Kerajaan Pahang hari ini menegaskan ia tidak merancang untuk mengeluarkan lesen kasino di Pulau Tioman. Malah kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, perkara itu tidak pernah berbangkit untuk dipertimbangkan dalam usaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri. “Kita memang tidak bercadang nak beri lesen kasino di Pulau Tioman… malah tak pernah terlintas pun,” katanya menjawab soalan Sim Chon Siang (PH-Teruntum) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma…










