Tiada pengesahan Agong telah berkahwin - Mahathir - Utusan Malaysia

Tiada pengesahan Agong telah berkahwin – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah berkahwin.

“Saya tidak tahu, saya tidak mempunyai pengesahan rasmi jadi saya tidak boleh berkata apa-apa,” jawabnya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu.

Beliau ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas membuat kenyataan mengenai rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights, di Dewan Rakyat semalam.

Desas-desus mengenai perkahwinan itu tular di media sosial. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN