Tiada lagi tulisan bahasa Cina - Utusan Malaysia

Tiada lagi tulisan bahasa Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyelesaikan proses pemasangan 45 unit papan tanda baharu menggunakan bahasa Melayu bagi menggantikan papan tanda tulisan Cina di daerah ini kelmarin.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad berkata, proses pemasangan tersebut berjaya disiapkan lebih awal berbanding tempoh yang disasarkan oleh pihaknya sebelum ini iaitu pada penghujung bulan ini.

Katanya, kos pemasangan papan tanda baharu tersebut berjaya dijimatkan dengan anggaran RM12,000 berbanding kos sebenar iaitu RM18,000.

“MBSA menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menggantikan kesemua papan tanda tulisan Cina kepada bahasa Melayu di daerah ini.

“Kesemua proses pemasa­ngan papan tanda baharu itu berjaya diselesaikan semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat penuh ahli majlis MBSA di Wisma MBSA di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN