KUALA TERENGGANU 18 Nov. – Terengganu bakal memperkenalkan standard tersendiri dari segi kualiti dan ketulenan madu kelulut apabila memperuntukkan RM420,000 bagi membangunkan Makmal Kualiti Madu (MKM) pertama di pantai timur. Makmal yang berpusat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, dijangka beroperasi pada awal tahun depan, dengan kewujudannya dilihat mampu menyelesaikan isu lambakan madu lebah kelulut tidak asli di pasaran yang menimbulkan keraguan pengguna dan menjejaskan industri ternakan. Pengerusi Jawatankuasa…










