Tengku Permaisuri rasmi Pusat Sehenti Kucing - Utusan Malaysia

Tengku Permaisuri rasmi Pusat Sehenti Kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan merasmikan Pusat Sehenti Kucing Selangor (SCC) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub bersama isteri, Datin Fatimah Taha.

Baginda juga berkenan untuk melawat Dewan A Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini yang menempatkan ratusan gerai pameran.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Medic Pets Sdn. Bhd., Siti Sofiah Ramli ketika ber­ucap dalam majlis perasmian itu berkata, SCC yang terletak di Setia Alam, Selangor bukanlah tempat lambakan kucing terbiar tetapi ia merupakan sebuah pusat sehenti untuk penggemar kucing, pemilik, panel doktor dan sukarelawan berkumpul.

“SCC merupakan pusat untuk semua berada bawah satu bumbung bagi mendapatkan khidmat nasihat, bantuan dan maklumat penjagaan kucing.

“Ia bukan juga tempat yang menjanjikan bantuan kewangan atau makanan kucing tetapi me­laluinya pemilik-pemilik kucing akan dibantu dengan informasi seperti jenis penyakit kucing dan sebagainya,” katanya.

Medic Pets Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat yang dipilih untuk menyertai program Say Aspire iaitu sebuah program anjuran Selangor Youth Community.

Selain menubuhkan SCC, syarikat yang diasaskan oleh belia Selangor itu juga mengeluarkan pelbagai produk organik khusus bagi haiwan peliharaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×