Tengku Adnan didakwa terima rasuah - Utusan Malaysia

Tengku Adnan didakwa terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta daripada dua individu berhubung permohonan menaikkan ratio plot berkaitan sebuah pembangunan di Jalan Semarak dan sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Mahkamah membenarkan Tengku Adnan dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1 juta berserta dua penjamin.

Mahkamah diberitahu jumlah jaminan tersebut akan dibayar petang ini juga.

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 12 Disember ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN