KUALA LUMPUR 15 Nov. – Edotco Malaysia Sdn. Bhd. dan Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. (MICTH) bekerjasama untuk melancarkan infrastruktur telekomunikasi canggih di Melaka. Ketua Pegawai Serantau edotco, Wan Zainal Adileen berkata, kerjasama ini akan membolehkan kumpulan dan MICTH menaik taraf infrastruktur telekomunikasi di negeri itu. Katanya, setakat ini, sebanyak 14 tapak dalam kawasan Bandar Melaka telah dikenal pasti untuk pelaksanaan yang akan meningkatkan perkhidmatan dan kualiti jalur lebar tanpa…










