SEPANG – Kolej profesional dan pengurusan (KLIA) bakal meluaskan sayapnya selepas bercadang untuk menambah jurusan baharu selain berpindah ke kampus baharu menjelang tahun hadapan. Presidennya, Tan Sri Dr. Jamilus Hussein berkata, cadangan itu bagi memenuhi kehendak industri yang memerlukan kemahiran profesional selain menyumbang graduan berkaliber mengikut kehendak Industri 4.0. “Pihak kolej kini sedang giat membuat persiapan rapi bagi merealisasikan impian ini. Kami juga bercadang untuk menambah bilangan pelajar di kolej ini,”…










