Tanjong Puteri Golf Resort yang terletak di Pasir Gudang, Johor Baharu merupakan antara lokasi yang menawarkan pengalaman indah bagi peminat sukan golf di selatan tanah air dengan tawaran tiga lapangan yang cukup mencabar kemampuan setiap pemain. Lapangan Plantation sepanjang 6,454 meter yang direka Max Wexler mula dibuka kepada ramai pada 1992 dengan pembinaannya dilakukan tanpa menjejaskan kawasan semula jadi yang terdapat di sekitarnya. Di kawasan fairway yang menggunakan rumput jenis…










