Tangguh ratifikasi ICERD tetap bimbangkan orang Melayu - Utusan Malaysia

Tangguh ratifikasi ICERD tetap bimbangkan orang Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 23 Nov. – Orang Melayu tetap bimbang walaupun kerajaan berjanji tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Maslin Sham Razman berkata, janji kerajaan itu tidak bermakna ICERD tidak boleh dilaksanakan pada masa akan datang kerana ratifikasi ICERD hanya ditangguhkan.

Menurutnya, ini bermakna tidak mustahil pada masa akan datang ada pihak yang mengusulkan semula supaya ICERD diratifikasikan.

“Jika kerajaan bersungguh-sungguhkan mahu menolak ratifikasi ini, mereka patut membuat pengisytiharan menolaknya bukannya ditangguhkan. Keadaan ini menyebabkan orang Melayu tetap bimbang kerana ICERD masih boleh diusulkan dan dilaksanakan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perhimpunan membantah ratifikasi ICERD di pekarangan Masjid Ridzwaniah selepas solat Jumaat, di sini hari ini.

Perhimpunan yang disertai lebih 1,000 umat Islam itu menggabungkan pemimpin UMNO dan Pas kawasan Kuala Kangsar serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kerajaan hari ini menegaskan tidak akan meratifikasi ICERD sebaliknya sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN