Tan Sri Shukry disingkirkan jawatan Pengerusi Bank Rakyat - Utusan Malaysia

Tan Sri Shukry disingkirkan jawatan Pengerusi Bank Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Nov. – Tan Sri Shukry Mohd. Salleh disingkirkan daripada jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Rakyat berkuat kuasa serta-merta berikutan keterlibatan dalam Laporan Asal Audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

KUALA LUMPUR 05 MEI 2017 - Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry
Tan Sri Shukry Mohd. Salleh

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, tindakan berkenaan dibuat selaras dengan Seksyen 5 dan subperenggan 2(2) Jadual Pertama Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978 (Akta 202).

“Sehubungan dengan itu, apa-apa keputusan yang memberi implikasi kepada Bank Rakyat yang telah dibuat sepanjang Tan Sri Shukry Mohd Salleh menjadi Pengerusi Lembaga Bank Rakyat akan disemak semula dan dibatalkan sekiranya menjejaskan kepentingan Bank Rakyat.

“Menteri Pembangunan Usahawan akan mengumumkan pelantikan Pengerusi Lembaga Bank Rakyat yang baharu sebaik sahaja proses pelantikan dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr. Madinah Mohamad berkata, perenggan berkaitan kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau  Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB diarah digugurkan dalam penyediaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Madinah dalam satu kenyataan memberitahu, perkara itu diarahkan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukry pada 26 Februari 2016 atas alasan ia sensitif dan untuk mengelak fakta diputar-belit oleh pihak pembangkang ketika itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×