Tan Eng Boon didakwa beri rasuah RM1 juta - Utusan Malaysia

Tan Eng Boon didakwa beri rasuah RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Ahli perniagaan yang juga pengarah syarikat, Datuk Tan Eng Boon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberi suapan wang berjumlah RM1 juta berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak di sini, lima tahun lalu.

Eng Boon, 70, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa.

Eng Boon didakwa telah secara rasuah memberikan suatu suapan bagi faedah kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor, 68, iaitu wang berjumlah RM1 juta melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn. Bhd. yang telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik tertuduh.

Mahkamah membenarkan  Eng Boon diikat jamin RM700,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 12 Disember ini untuk sebutan kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN