Taklimat larangan merokok di N. Sembilan pada 27 November - Utusan Malaysia

Taklimat larangan merokok di N. Sembilan pada 27 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 15 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) akan mengadakan taklimat kepada persatuan restoran dan kedai makan negeri ini mengenai larangan merokok di premis makanan pada 27 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S.Veerapan berkata, taklimat itu bertujuan memberi pemahaman mengenai larangan tersebut yang akan dikuatkuasakan pada Januari depan.

“Daripada maklum balas yang kita terima, pemilik restoran dan kedai makanan negeri ini menyambut baik peraturan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas operasi memeriksa kebersihan premis makanan di sini hari ini.

Veerapan berkata, JKNS telah mengenal pasti kawasan yang akan dijadikan sebagai zon bebas rokok termasuk di restoran dan kedai makan di negeri ini.

“Selepas kita laksanakan zon bebas rokok ini, penguatkuasaan juga akan perketatkan dengan tindakan bakal dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN