Suspek pecah kedai ditahan reman tujuh hari - Utusan Malaysia

Suspek pecah kedai ditahan reman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Suspek yang ditahan ketika cuba memecah masuk sebuah kedai runcit di Jalan NB2, Taman Nusa Bestari 2, Skudai di sini semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan 307 kanun yang sama.

“Kita telah memohon reman selama seminggu bermula hari ini sehingga Khamis ini bagi membolehkan pihak kita buat siasatan lanjut.

“Pihak Polis Johor memandang serius kes ini kerana melibatkan cubaan bunuh anggota polis sedang melakukan tugasan dan kita akan lakukan siasatan terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perasmian Sukan Tahunan ke-50 Tahun antara Bench and Bar dan Polis Johor di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi semalam, seorang suspek yang dikehendaki ditembak mati selepas disyaki cuba merempuh anggota polis yang sedang melakukan penahanan seorang lagi rakannya ketika cuba memecah masuk sebuah kedai runcit.

Kejadian itu dilakukan kedua-dua suspek berusia 40-an tahun di Jalan NB2, Taman Nusa Bestari 2, Skudai  semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN