KUALA LUMPUR 31 Okt. – Sunway Construction Group (SunCon) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi membangunkan Manual 5S dan Kriteria Penilaian dengan matlamat untuk menetapkan standard baharu bagi industri pembinaan negara. Pengarah Urusan SunCon, Chung Soo Kiong berkata, pihaknya mula melaksanakan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik sejak 2008. Menurut beliau, SunCon berharap dapat meningkatkan lagi keberkesanan alam sekitar dalam amalan perniagaannya. “Kami…










