Sumber baharu petani Perlis - Utusan Malaysia

Sumber baharu petani Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Ubi keledek bakal menjadi sumber pertanian baharu di Perlis selepas mempelam harumanis dan rock melon yang mampu menjana pendapatan lumayan kepada petani di negeri ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Nazipah Jamaludin berkata, ubi keledek mempunyai nilai pasaran yang agak baik bagi pasaran tempatan.

“Setakat ini, kita terpaksa mengimport kira-kira 2,400 metrik tan ubi keledek dari Thailand setiap tahun sedangkan tanah di Perlis ini selepas dilakukan penyelidikan terperinci cukup sesuai untuk tanaman ini.

“Pengusaha mempelam harumanis dapat mempelbagaikan tanaman mereka. Harga borong ubi keledek kini RM1.50 sekilogram,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat FAMA Perlis di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN