Sultan Selangor titah turunkan papan tanda jalan berbahasa Cina - Utusan Malaysia

Sultan Selangor titah turunkan papan tanda jalan berbahasa Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 19 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sahaja.

Titah itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini, melalui surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya dan juga Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad.

Dalam surat itu, Sultan Sharafuddin bertitah agar, operasi bagi menanggalkan semua papan tanda jalan berbahasa Cina tersebut dibuat segara dan ia mesti diselesaikan sebelum 11 Disember, iaitu tarikh ulang tahun keputeraan baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN