Sultan Nazrin ziarah Muhammad Adib - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin ziarah Muhammad Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menziarahi Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang kini sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Baginda tiba di pekarangan IJN pada pukul 9.10 pagi sambil disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohamed Farid Md. Rafik.

Yang turut serta menyambut ketibaan baginda ialah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Azman Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr. Mohd. Azhari Yakub.

Baginda meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau perkembangan terkini Muhammad Adib yang kini masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Awal pagi Selasa lalu, Muhammad Adib yang berkhidmat sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera manakala jentera dinaiki turut mengalami kerosakan akibat diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN