Sultan Kedah ziarah Muhammad Adib - Utusan Malaysia

Sultan Kedah ziarah Muhammad Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah berkenan menziarahi anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur hari ini.

Muhammad Adib mengalami kecederaan parah selepas didakwa dipukul sekumpulan perusuh dalam satu kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman pada awal pagi  27 November lalu.

Keberangkatan Baginda yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari disambut oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Azmi Osman ke bilik pesakit di tingkat 1 Unit Rawatan Rapi (ICU), IJN. 

Baginda berkenan meluangkan masa hampir setengah jam menziarahi Muhammad Adib sambil diberi keterangan berkenaan perkembangan kesihatannya oleh pasukan perubatan IJN. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN