Sultan Ibrahim lancar logo baharu JCorp - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim lancar logo baharu JCorp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 29 Nov. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melancarkan Logo Baharu Johor Corporation (JCorp) sempena ulang tahun ke-50 penubuhan syarikat itu.

Berangkat sama, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim bertitah, JCorp perlu memperluaskan lagi projek Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) di seluruh daerah di negeri ini.

“Langkah ini akan memberikan peluang kepada setiap keluarga untuk memiliki sebuah rumah sendiri.

“Sebagai sebuah anak syarikat kerajaan, JCorp tidak seharusnya terlalu mengutamakan keuntungan yang maksimum sebagaimana pemaju swasta lain,” titah baginda di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN