Sukar turunkan harga PPR di luar bandar - Utusan Malaysia

Sukar turunkan harga PPR di luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) memaklumkan harga projek perumahan rakyat (PPR) di luar bandar sukar diturunkan berikutan ia merupakan projek terkawal kerajaan.

Presidennya, Datuk Ir. Soam Heng Choon berkata, pada masa ini, kos PPR sudah disubsidikan secara silang oleh pemaju hartanah dan kerajaan.

Malah, katanya, pemaju swasta tidak mempunyai keupayaan untuk menurunkan harga di bawah pasaran semasa.

SOAM HENG CHOON
SOAM HENG CHOON 

“Pada lazimnya, PPR dibina oleh kerajaan dan terpulang kepada agensi kerajaan untuk menentukan harga.

Pemaju swasta memang tidak dapat menurunkan harga rumah berkenaan yang mana harga jualan adalah terkawal dan telah disubsidikan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun bahawa kementeriannya kini sedang mengkaji pengura­ngan kos pembangunan PPR tanpa menjejaskan kualiti serta saiz rumah.

Menurut Rina, pe­­ngurangan kos ter­sebut akan membo­lehkan lebih ramai golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) terutama­nya di luar bandar menikmati kemudahan berkenaan.

Hasil kajian ini, katanya, kementerian boleh mengurangkan harga rumah kepada 10 hingga 15 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN