Subsidi petrol bersasar diperluaskan? - Utusan Malaysia

Subsidi petrol bersasar diperluaskan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Nov. – Terdapat permintaan pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar diperluaskan kepada kumpulan terendah dalam kelompok isi rumah berpendapatan pertengahan (M40).

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau bagaimanapun memaklumkan, kementerian akan memulakan pelaksanaan dasar baharu itu kepada isi rumah berpendapatan rendah (B40) dahulu. 

Sehubungan itu katanya, kementerian bercadang untuk melakukan ‘dry run’ (latihan) bermula Disember ini sehingga Mac depan bagi melihat sistem subsidi itu yang hampir selesai dibangunkan ketika ini. 

“Setakat ini, kementerian masih dalam penelitian menyenaraikan kelompok golongan sasaran yang akan menikmati subsidi tersebut, manakala Kementerian Kewangan pula dalam proses memuktamadkan penyedia perkhidmatan yang layak. 

“Dalam masa sama, satu pasukan khas telah ditubuhkan diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian ini, Badrul Hisham Mohd. yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan dasar ini berjalan lancar,” katanya. 

Terdahulu beliau hadir majlis Perhimpunan Bulan November 2018 kementerian itu dan turut menyerahkan sijil penghargaan integriti kepada seramai 11 pegawai kementeriannya di sini.-UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN