JOHOR BAHRU 11 Nov. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak akan menarik balik pemberian subsidi kepada golongan nelayan dan petani, biarpun terdapat pengurangan peruntukan terhadap kementerian itu dalam Belanjawan 2019. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub yang memberikan jaminan berkenaan berkata, pihaknya sebaliknya hanya akan melaksanakan subsidi bersasar kepada golongan itu bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak, menerima subsidi berkenaan. “Untuk tarik, tidak. Cuma kita akan buat apa dinamakan…










