PERCUTIAN sepatutnya menjadi salah satu cara untuk menenangkan fikiran setelah bersusah payah bekerja untuk mencari rezeki dan sudah tentunya kita akan membayangkan suasana yang santai bagi menikmati percutian tersebut. Bagi menikmati percutian santai sambil menikmati keindahan semula jadi, sudah tentu kawasan berdekatan dengan pantai ataupun hutan menjadi pilihan pengunjung dari ibu kota. Di Kuala Rompin misalnya, Lanjut Beach and Golf Resort yang terletak di kawasan Kampung Lanjut menjadi tarikan pelancong…










