KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengadakan perbincangan dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berhubung kedudukan petugas berstatus kontrak. Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, diharapkan keputusan berhubung permintaan agar kakitangan RTM diserapkan ke jawatan tetap itu akan dicapai dalam masa terdekat. “Terima kasih. Perkara ini dalam perhatian saya. Senarai telah pun dikemukakan dan perbincangan antara RTM dan KKMM sedang dijalankan. Harap ada keputusan dalam masa terdekat,” katanya dalam catatan…










