Sogok RM3,000 elak kena tindakan - Utusan Malaysia

Sogok RM3,000 elak kena tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang pekerja kontrak pemasangan paip didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban semalam atas pertuduhan memberi rasuah RM3,000 kepada seorang penolong pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) enam tahun lalu.

Bagaimanapun, Chu Tuan Kang, 33, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Madihah Harullah. KPDNHEP sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memberi rasuah wang tunai RM3,000 kepada penolong pegawai penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan, Mohd. Razip Jantan di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Sunggala di Port Dickson kira-kira pukul 5.20 petang, 20 Mei 2012.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN