Skuad muda England lambai Rooney - Utusan Malaysia

Skuad muda England lambai Rooney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Nov. – Wayne Rooney akhirnya menutup tirai karier bersama England, namun skuad muda Three Lions telah membuktikan kemampuan mereka apabila menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-0 di Wembley dalam aksi persahabatan hari ini.

Jesse Lingard, Trent Alexander-Arnold dan penampilan sulung Callum Wilson menjaringkan gol dalam aksi yang didominasi England, dengan semangat jurulatih Gareth Southgate kini semakin membara.

Penjaring gol terbaik England dan bekas kapten, Rooney diberikan penghargaan sebelum sepak mula, dengan ketua pasukan, Harry Kane

menyampaikan plak cenderhati yang dihiasi logo keemasan Three Lions kepada pemain tersebut.

“Pendapat saya England kini berada dalam tangan yang selamat berdasarkan pemerhatian minggu ini.

“Bagaimana mereka dibimbing oleh jurulatih sangat mengagumkan. Sekumpulan pemain muda yang mempunyai masa depan sungguh cerah.

“Mereka semakin menghampiri skuad seterusnya yang akan membawa semula trofi ke England,” kata Rooney, yang membuat penampilan ke-120 dan juga terakhir bersama England di Wembley.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN