Sindiket eksploitasi warga asing sebagai pembantu rumah tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket eksploitasi warga asing sebagai pembantu rumah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH 28 Nov. – Dua suspek warga tempatan sempat merasai pendapatan melebihi RM10,000 sebulan selama dua tahun hanya dengan mengeksploitasi warga asing sebagai pembantu rumah.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu berjaya dikesan Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen negeri hasil satu serbuan di beberapa lokasi berasingan bermula kira-kira pukul 7.30 pagi, semalam.

Pengarah Imigresen negeri, Meor Hezbullah Meor Abd. Malik berkata, suspek tersebut iaitu seorang lelaki dan perempuan masing-masing berusia 37 dan 48 tahun ditahan hasil risikan serta intipan selama hampir sebulan.

Meor Hezbullah berkata, susulan penahanan itu, pihaknya berjaya menyelamatkan lima wanita warga Indonesia berusia antara 20 hingga 26 tahun yang dipercayai dieksploitasi sebagai pembantu rumah untuk mendapatkan keuntungan mudah.

Katanya, suspek pertama ditahan di Butterworth sebelum serbuan dilakukan di tiga lagi lokasi berasingan di sini selain di kediaman suspek kedua di Sungai Petani, Kedah yang turut membawa kepada penahanan suspek tersebut.

“Hasil penggeledahan yang dilakukan ke atas keempat-empat lokasi, beberapa barangan berkaitan telah dijumpai dan dirampas termasuk enam pasport Indonesia, wang tunai berjumlah RM465, tiga telefon bimbit, sekeping kad debit atau kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga keping kad kredit.

“Turut dirampas ialah satu cop syarikat, buku resit, penyedut hampagas serta dua buah kereta masing-masing daripada jenama Honda CRV dan Perodua Kenari,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN