Simeon gagal beraksi pada GP Valencia - Utusan Malaysia

Simeon gagal beraksi pada GP Valencia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANYOL – Pelumba rookie (muka baharu) Avintia Ducati, Xavier Simeon tidak akan mengambil bahagian dalam perlumbaan terakhir pada Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardi Tormo selepas disahkan kurang cergas.

Pelumba berasal dari Belgium berusia 29 tahun itu disahkan kurang cergas setelah mengalami beberapa kemalangan pada sesi latihan bebas kelmarin.

Simeon terjatuh ketika peng­hujung sesi latihan bebas pertama dan dia terpaksa diiringi oleh pegawai marshal keluar dari litar sebelum dikejarkan ke hospital kerana dikhuatiri me­ngalami gegaran pada kepala.

Bagaimanapun, Simeon kembali menjalani latihan bebas ke­dua dan berjaya mencatat masa terpantas di kedudukan ke-11 sebelum dia terjatuh sekali lagi di selekoh ke-12 litar tersebut.

Justeru, Simeon disahkan kurang cergas untuk menjalani sesi latihan bebas ketiga semalam, sekali gus menamatkan saingannya dalam perebutan pelumba baharu terbaik musim ini.

Sebagai rekod, pasukan Avintia Ducati dilihat cukup malang apabila pelumba asalnya, Tito Rabat yang mengalami patah kaki pada GP Britain di Litar Silverstone sebelum ini masih dalam proses pemulihan.

Lebih teruk, pengganti Rabat iaitu, Jordi Torres turut terlepas saingan GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang selepas mengalami kecederaan tangan.

Dalam pada itu, Simeon menamatkan kempen Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini dengan mengutip satu mata iaitu pada GP Australia di Litar Philips Island, sekali gus gagal menarik minat pasukan untuk melanjutkan kontraknya.

Jika Simeon gagal mendapatkan pasukan lain dalam kelas perdana MotoGP, maka dia akan meneruskan saingan bersama pasukan Avintia pada saingan MotoE bersama gandingan Eric Granado.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN