KUALA LUMPUR 1 Nov. – Berlaku kesilapan sewaktu mengisytiharkan pendapatan bulanan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperlihatkan pendapatan Menteri Kerja Raya, Baru Bian mencecah RM108,056 sebulan. Baru berkata, kesilapan itu menyebabkan dirinya memperoleh pendapatan berganda dan disenarai mengatasi pendapatan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menurutnya, beliau keliru apabila mengisytihar menerima dua elaun iaitu sebagai Ahli Parlimen Selangau dan Menteri Kerja Raya.…










