Sikap Waytha Moorthy langgar prinsip perpaduan - Utusan Malaysia

Sikap Waytha Moorthy langgar prinsip perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Nov.-Tuduhan memburukkan kerajaan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy menerusi video sebelum ini disifatkan jelas bertentangan dengan prinsip pemimpin yang dipertanggungjawabkan menjaga perpaduan dan kesejahteraan sosial negara.

Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Nor Halmey Hamdah berkata, ini kerana beliau telah mempertikaikan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan selain mempersoal kontrak sosial yang sudah dipersetujui antara kaum di negara ini.

“Apa yang dinyatakan di dalam video itu juga secara jelas menunjukkan bahawa beliau menipu dan mahu menggugat keamanan yang telah lama wujud di negara ini.

“Jadi timbul persoalan akan keperluan beliau untuk berada dalam barisan kerajaan. Secara prinsipnya, beliau harus keluar dari barisan pimpinan kerajaan bagi mengiyakan fitnah jahatnya itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Waytha Moorthy dalam satu kenyataan semalam menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO dengan mendakwa dasar-dasar yang dibuat parti itu menghalang masyarakat India untuk berada dalam arus pembangunan negara.

Menurutnya, wawancara beliau dengan stesen televisyen di Belanda 10 tahun lalu yang tular ketika ini dibuat selepas demonstrasi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) pada November 2007, di mana ketika itu beratus-ratus penunjuk perasaan ditangkap malah beliau sendiri turut ditangkap dan mendakwa telah diseksa.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN