Siew Keong pertimbang sambung PhD - Utusan Malaysia

Siew Keong pertimbang sambung PhD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong berhasrat menyambung pengajian ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains politik dan berehat dari arena politik negara.

Menurut Siew Keong, keputusan itu dibuat selepas melihat ramai calon muda menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti itu yang akan bermula esok.

“Sudah sekian lama saya berada di barisan hadapan parti dan kini sudah tiba masanya untuk memberi peluang generasi baharu melakukan pembaharuan dalam Gerakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Begitupun, saya akan terus memberi sokongan dari belakang dan yakin Gerakan mampu berdiri sendiri sebagai parti bebas,” katanya.

Belia berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×