KUALA LUMPUR 21 Nov. – Polis tetap meneruskan siasatan terhadap lelaki yang bertindak mengganggu jurujual arak di sebuah pasar raya di Ampang, di sini meskipun individu tersebut sudah memuat naik video permohonan maaf atas perbuatannya hari ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut. “Kita menerima banyak laporan polis terhadap lelaki tersebut dan akan memanggil dia untuk memberi keterangan esok. “Selepas itu baru kita serahkan kertas siasatan kepada DPP untuk membuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya