Shafa'aton wanita pertama dilantik Ketua Polis Daerah di Selangor - Utusan Malaysia

Shafa’aton wanita pertama dilantik Ketua Polis Daerah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH 15 Nov. – Pegawai Turus Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sungai Buloh berkuat kuasa hari ini.

Beliau merupakan wanita pertama yang diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah oleh Ibu pejabat Polis (IPK) Kontinjen Selangor.

Pelantikan tersebut bagi menggantikan Superintenden S. Somu yang memulakan tugas di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Kuala Lumpur.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di IPD Sungai Buloh, di sini itu turut disaksikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Menurut Mazlan, beliau percaya Shafa’aton yang mempunyai pengalaman selama 21 tahun dalam siasatan jenayah mampu menjalankan tugas sebagai ketua polis daerah dengan cemerlang.

“Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan kepada pegawai polis wanita.

“Dengan pengalaman dan pengetahun beliau, saya yakin tiada masalah untuknya menggalas tanggungjawab baharu ini,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN