Senjata api tiruan, topi berlogo polis ditemukan di Jalan Klang Lama - Utusan Malaysia

Senjata api tiruan, topi berlogo polis ditemukan di Jalan Klang Lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Polis menemukan senjata api tiruan termasuk topi dengan logo polis di sebuah premis di Jalan Klang Lama di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan dari seorang lelaki yang menemukan objek dipercayai senjata api di premis terbabit, sebelum sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pergi ke lokasi kejadian. 

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, pihak Mahkamah Kuala Lumpur telah mengeluarkan arahan untuk penyitaan harta di premis tersebut pada 30 Oktober lalu.

“Hasil pemeriksaan telah menemukan sepucuk pistol tiruan, tujuh laras senjata HK MP5 tiruan dan satu topi logo polis dalam premis tersebut. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini untuk menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Razif Karim di talian 013-9961566 atau Pegawai Penyiasat Kanan IPD Brickields, Asisten Superintenden Mohd. Hafizi Ishak di talian 017-2336343. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN