JOHOR BAHRU 17 Nov. – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan proses pengauditan forensik dilakukan ke atas semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, Sultan Johor bertitah demikian kepadanya semasa menghadap baginda dalam satu pertemuan baru-baru ini. Menurut Osman, kerajaan negeri akan melakukan proses pengauditan itu dalam masa terdekat bagi mengesan sebarang salah guna kuasa serta penyelewengan dalam urus tadbir syarikat. “Sebuah firma audit…










