Segera naik taraf Pasar Pudu - Utusan Malaysia

Segera naik taraf Pasar Pudu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – KERJA-kerJa naik taraf Pasar Pudu di sini perlu bukan sahaja bertujuan memberi kemudahan dan ke-selesaan kepada peniaga tetapi juga pengunjung pasar ber­kenaan.

Rata-rata peniaga yang ditemui melahirkan keyakinan jika fasiliti dan infrastruktur pasar basah itu dinaik taraf sudah pasti ia menjadi tambah nilai kepada produk pelancongan negara.

Tinjauan Utusan Ma­laysia baru-baru ini mendapati pasar basah antara yang tertua di ibu kota itu masih sibuk dan terus dikunjungi pelanggan yang mahu mendapatkan pelbagai barangan basah dan kering walaupun waktu sudah melepasi pukul 11 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Persatuan Melayu Pasar Pudu, Mahadhir Mat Eusof berkata, kea-daan fasiliti di pasar berkenaan amat menyedihkan dan sudah tiba masanya dinaik taraf serta diberi wajah baharu seiring dengan pembangunan pesat di kiri kanan kawasan itu.

Katanya, status mengenai pelaksanaan naik taraf pasar ini terus menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini terutama dalam kalangan peniaga.

“Kami sudah tidak sabar untuk menjalankan perniagaan di tempat yang lebih selesa dan teratur.

“Kerja-kerja naik taraf terutamanya melibatkan longkang dan lantai pasar perlu dilakukan segera memandangkan ia sudah terlalu uzur,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Tambah Mahadhir, pihaknya sedia bertemu dengan DBKL bagi membincangkan perkara itu dalam masa terdekat.

“Kali terakhir mesyuarat diadakan berkaitan kerja-kerja naik taraf pasar berkenaan diadakan setahun lalu dan tiada sebarang perkembangan terkini dimaklumkan kepada peniaga sehingga hari ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×