Saya tidak pernah umum, media salah lapor - Azmin Ali - Utusan Malaysia

Saya tidak pernah umum, media salah lapor – Azmin Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menegaskan beliau tidak pernah mengisytiharkan kemenangannya sebagai orang nombor dua parti berkenaan sebaik selesai pemilihan parti baru-baru ini.

Beliau sebaliknya berkata, spekulasi itu timbul susulan salah lapor oleh media sebelum ini yang tidak tepat.

“Saya tidak pernah isytihar kemenangan sehingga pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengumumkannya secara rasmi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau lihat tweet saya di Twitter, saya sekadar ucap Alhamdulliah dan syukur, terima kasih kepada anggota parti yang berjaya meneruskan agenda reformasi.

“Di mana saya umum kemenangan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Amirudin Shari.

Mohamed Azmin berkata demikian bagi mengulas nasihat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau menghormati proses pemilihan parti PKR susulan mengumumkan kemenangannya menewaskan Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Beliau yang juga Menteri Hal ehwal Ekonomi menegaskan, dirinya telah memaafkan pihak yang membuat laporan berkenaan dan harap mereka lebih berhati-hati di masa hadapan.

“Saya tetap patuh peraturan parti dan menghormati JPP,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×