‘Saya pertahankan atlet’ - Utusan Malaysia

‘Saya pertahankan atlet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 27 Nov. – Kerajaan Terengganu diminta mengadakan dialog dan perbincangan dengan atlet mengenai isu pe­makaian patuh syariah yang dilihat menimbulkan keresahan dalam mereka.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tetap dengan pendiriannya tidak bersetuju dengan keputusan tersebut berkata, beliau akan terus mempertahankan atlet-atlet di bawah jagaan kemente­riannya dalam isu itu.

“Dalam bab ini tiada masalah kalau ingin menggalakkan (pematuhan syariah) tetapi dalam bab sukan khususnya se­perti gimrama, terjunan dan berenang, ini merupakan sukan yang ada citarasanya tersendiri.

“Apabila kes itu keluar, kebanyakan atlet dan ibu bapa menghubungi kementerian serta mengekspresikan pandangan mereka. Saya terpaksa membela mereka kerana itu tanggungjawab Menteri Belia dan Sukan menjaga kebajikan atlet dalam semua kategori,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Cruyff Court Felda Lurah Bilut, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari dan Pengurus Cruyff Court, Ilja Van Holstein.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, mulai tahun depan, para pemain bola sepak yang mewakili negeri menerusi pelbagai pasukan akan mengenakan pakaian menutup aurat selaras dengan pelaksanaan pematuhan syariah dalam berpakaian.

Wan Sukairi berkata, pelaksanaan pakaian sukan patuh syariah itu hanya digalakkan kepada pemain bola sepak beragama Islam manakala tiada paksaan kepada mereka bukan Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN