Saya meminati dunia filem - MB Perak - Utusan Malaysia

Saya meminati dunia filem – MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 19 Nov. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui amat meminati dunia filem apabila membuat penampilan khas dalam filem arahan Sabri Yunus.

Menurutnya, beliau menyokong pembikinan filem arahan pengarah terkenal itu yang berjudul ‘Buntat’ kerana banyak memberi mesej dan pengajaran.

“Apatah lagi seratus peratus penggambaran filem ini dilakukan di dalam negeri Perak.

“Sedikit sebanyak ini membantu mempromosikan negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Filem Buntat berlatar belakangkan tahun 1960-an mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang nakal yang mahu bertaubat dan secara tidak sengaja menaiki kapal laut bersama jemaah haji ke Mekah.

Dalam filem tersebut, Ahmad Faizal cuma berlakon dalam satu babak dan dialog bersama Imuda dan pelakon kanak-kanak yang memegang watak sebagai ‘Buntat’.

Penggambaran babak beliau cuma memakan masa satu jam yang diadakan di Taiping.

Filem tersebut dijadual ditayangkan di pawagam seluruh negara sekitar bulan September tahun depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN