Saya kecewa, malu - Utusan Malaysia

Saya kecewa, malu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov.- Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk R.S. Mohan Shan melahirkan rasa kesal dengan tindakan kumpulan perusuh yang menyerang seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya di tapak Kuil Maha Mariammam, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam nada kecewa, Mohan Shan menyifatkan tindakan tersebut sebagai melampau dan berlebih-lebihan sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa orang lain.

“Bomba datang untuk memberikan bantuan, kenapa mereka (perusuh) serang dia. Lihat apa yang berlaku, orang yang mahu memberikan bantuan dicederakan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Saya kecewa dan malu dengan kejadian tersebut. Semoga pihak polis dapat mencari dalang di sebalik kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi tadi itu, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul apabila pasukannya tiba di lokasi kejadian.

Muhammad Adib yang berasal dari Kedah bakal melangsungkan perkahwinan pada akhir Disember ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN