Sapunov tawan Ironman Langkawi - Utusan Malaysia

Sapunov tawan Ironman Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLET kelahiran Ukraine, Daniil Sapunov mengungguli Ironman Malaysia Langkawi kategori lelaki profesional edisi 2018 selepas kali pertama menyertainya, sekali gus melakar sejarah penguasaan muka baharu tahun ini.

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir (tengah)
MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir (tengah) bersama Sapunov (kanan) yang muncul juara kategori lelaki profesional Ironman di Langkawi semalam.

Jaguh berusia 36 tahun itu menamatkan saingan dengan catatan masa 8 jam 33 minit 36 saat (s), sekali gus mengatasi juara tahun lalu, Romain Guillaume dari Perancis.

Bagaimanapun, Sapunov gagal mencatat rekod baharu tahun ini selepas Guillaume berjaya mencatatkan masa 8:32:53s bagi edisi 2017.

Sapunov mengakui ia merupakan kejayaan paling bermakna dalam hidupnya kerana ia adalah kali pertama beliau menyertai Ironman Malaysia Langkawi.

“Memang sukar dipercayai apabila menang selepas kali pertama menyertai Ironman di venue ini (Langkawi).

“Venue ini agak mencabar ekoran laluannya yang berbukit dan di bawah panas terik, namun saya dapat menyempurnakannya dengan baik.

“Saya tidak melakukan sebarang persediaan dan terus ke sini untuk menyertai Ironman. Keputusan ini memang sukar dipercayai.

“Saya mula memintas Guillaume pada disiplin berbasikal dan sememangnya podium kali ini merupakan satu pengalaman paling indah dalam hidup saya,“ katanya selepas menamatkan saingan di Hotel Meritus Pela­ngi, Langkawi semalam.

Tempat kedua edisi 2018 berjaya diraih oleh Kaito Tohara dari Jepun dengan catatan 8:55:13s dan Urs Muller dari Switzerland yang mencatat masa 9:9:11s ketiga.

Kejayaan tersebut memboleh­kan Sapunov membawa pulang wang kemenangan AS$5,000 (RM20,939), manakala tempat kedua AS$2,750 (RM11,516) dan ketiga AS$1,750 (RM7,328).

“Pastinya saya akan kembali untuk edisi tahun depan kerana ve­nue ini telah menambat hati saya dan keluarga apabila kali pertama sampai di Langkawi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN