MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan memansuhkan sistem pengambilan pekerja asing melalui ejen atau syarikat tertentu dalam masa terdekat. Ia yang sebelum ini diberikan kepada lebih 100 syarikat sumber luar di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan diserahkan kepada Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang diletakkan di bawah Kementerian Sumber Manusia. APS juga akan mempunyai akta khas bagi memastikan pengambilan pekerja asing lebih terurus dan…










