Saksikan Final FIM Asia di Dataran Merdeka - Utusan Malaysia

Saksikan Final FIM Asia di Dataran Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Peminat sukan permotoran bakal dipertontonkan dengan aksi menarik pusingan akhir Kejua­raan FIM Asia SuperMoto 2018 yang bakal dibawa di tengah-tengah bandar raya di Dataran Merdeka, hujung minggu ini.

Pusingan terakhir yang juga pusingan kelima selepas Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura itu hanya akan berlangsung selama dua hari dengan saingan perebutan kejua­raan di antara pelumba Denmark, Simon Vilhelmsen dan Lewis Cornish dari United Kingdom.

Walaupun berjaya meraih satu kemenangan dalam perlumbaan Moto1 di Singapura serta pungutan mata yang penting, Vilhelmsen berdepan masalah kecederaan selepas terlibat dengan kemalangan dengan Cornish dalam aksi Moto2, minggu lalu.

Dengan perbezaan 13 mata, kedua pelumba itu berada dalam perebutan juara keseluruhan dan Kuala Lumpur akan menjadi penentu kejuaraan mereka.

Turut menjadi tumpuan adalah saingan tiga penjuru antara dua pelumba Malaysia, Muhamad Habibullah (juga dikenali sebagai Gabit) dan Mohammad Khairi Zakaria serta Makoto Arai dari Jepun.

Perbezaaan lima mata di antara Gabit dan Mohamad Khairi, ke­dua-dua mereka akan menentukan kejuaraan bagi kategori Asia.

“Kami sangat teruja untuk membawa aksi Kejuaraan FIM Asia SuperMoto 2018 ke Kuala Lumpur hujung minggu ini, terutama sekali kerana pusingan terakhir ini bakal melihatkan perlumbaan yang penuh aksi.

“Kami terharu dengan penghargaan dari pihak berkuasa untuk menjayakan perlumbaan terakhir musim 2018 di Dataran Merdeka, mercu tanda bersejarah dan ikonik untuk bandar Kuala Lumpur ini.

“Lebih-lebih lagi ini pusingan penentuan kejuaraan kesemua kategori dan penutup tirai musim 2018 ini,” kata Ketua Pegawai ­Eksekutif E-Plus Global Sdn. Bhd., Andrew Ching yang juga promo­ter dan penganjur Kejua­raan FIM Asia SuperMoto.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN